Terkini @PRK Kuala Besut

Saturday, July 13, 2013

Kenyataan "PANAS" Isteri calon BN !!!

Isteri kepada calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, Siti Salbiah Osman mengakui beliau berdebar berdepan dengan PRK namun sentiasa memberi sokongan kepada Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mengekalkan kemenangan BN sebagai teraju kepimpinan.

“Ini adalah kepercayaan yang tinggi buat suami saya dan saya percaya bahawa beliau akan terus mendapat sokongan terutamanya dari golongan muda.”

Jelas beliau, memandangkan ini adalah kali pertama golongan muda diberi peluang di kawasan terbabit maka tentunya ia dapat menarik golongan terbabit untuk memilih BN sebagai pemimpin tempatan.

“Saya percaya bahawa suami saya akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”

Tegasnya, beliau bersedia berdepan dengan cabaran yang bakal dihadapi sepanjang berkempen dan yakin PRK tersebut akan berlangsung lancar.
PRK Kuala Besut yang berlangsung dalam bulan Ramadan turut mengubah kehidupan pasangan terbabit dan Siti Salbiah mengakui suaminya masih tidak berkesempatan berbuka bersama beliau dan keluarga.

“Suami saya gemar makan ikan bakar dan ayam percik namun saya dan anak-anak memahami kesibukannya berdepan dengan PRK ini,” katanya yang menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2

Friday, July 12, 2013

[VIDEO] Calon PAS tidak mahu jadi wakil rakyat !!! Nak gajikan orang lain.


Bertanding untuk apa si Azlan ni? Awal-awal dia sudah membuat janji akan lantik dan gajikan orang lain untuk menjadi wakil kepada wakil rakyat supaya jalankan kerja-kerja rakyat jika PAS menang di Kuala Besut.

Bukankah mandat yang bakal rakyat Kuala Besut berikan pada 24 Julai ini satu amanah yang cukup besar kepada kedua-dua calon? Apakah calon PAS ini sanggup mengkhianati amanah rakyat jika ditakdirkan menang selepas ini?

Berlainan dengan calon BN Zaihan yang sanggup melepaskan semua jawatan sebagai Jurutera Awam JPS (Ketua Penolong Pengarah) demi menabur jasa dan bakti kepada rakyat Kuala Besut.

Sebaliknya calon PAS yang digelar sebagai Che Long lebih mementingkan urusan perniagaan dan projek beliau berbanding rakyat Kuala Besut jika beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat N.01 Kuala Besut.

Tetapi, realitinya begitulah perangai dan sikap wakil rakyat PAS di mana-mana tempat. Bila menang sahaja, muka dan batang hidung pun susah nak nampak. Kalau rakyat nak jumpa, tunggulah pula pilihanraya yang akan datang.

Kepada semua pengundi N.01 DUN Kuala Besut, buatlah pilihan yang tepat. Bagi penulis, Tengku Zaihan anak kepada pengasas Sekolah Agama Nurul Iqtifaq yang suatu ketika adalah sekolah agama rakyat Ustaz Abdul Rahman adalah orang yang paling tepat untuk menjadi wakil rakyat Kuala Besut.

Anak muda berjiwa besar seperti Zaihan bukan sahaja seorang yang peramah, bahkan seorang yang terkenal dengan sikapnya suka bekerja untuk rakyat. Barangkali darah Ustaz Abdul Rahman yang mengalir dalam batang tubuh Tengku Zaihan menjadi pemangkin untuk Zaihan membantu Rakyat Kuala Besut.

Kontraktor Kayu vs Jurutera Awam di Kuala Besut



BESUT: Menepati jangkaan, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Wakil BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endut @ Azlan Yusof diumumkan sah bertanding bagi kerusi DUN Kuala Besut.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (kiri) bersalaman dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu bertemu ketika mengiringi calon masing-masing ke tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A. Rahim Jusoh mengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menerima dua borang pencalonan masing-masing daripada BN dan PAS sehingga proses penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi.

Tengku Zaihan, 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor kayu di Kota Baru, Kelantan.

Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Replika diharamkan di PRK Kuala Besut

Parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak dibenar memasang sebarang replika sepanjang tempoh berkempen, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata larangan julung kali itu dibuat SPR bagi memastikan kempen PRK Kuala Besut berjalan dalam keadaan aman, harmoni serta lancar terutama semasa Ramadan tanpa sebarang sindir menyindir kepada mana-mana pihak.

"Kita (SPR) tahu bila replika itu dipasang, sama ada untuk tujuan menyindir pihak lain atau sebaliknya. 

"Masalah timbul bila pihak yang terasa itu mengadu kepada SPR misalnya melalui memo... kalau kita tak ambil tindakan pihak satu lagi akan sindir serta bertindak balas. Kalau macam ini sampai bila tak akan selesai," katanya kepada Bernama di Kuala Besut hari ini. 

Wan Ahmad berkata pemasangan sebarang bentuk replika sebagai bahan kempen yang bertujuan menarik minat dan menghantar mesej kepada pengundi serta menyindir pihak lawan adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Dalam akta itu disebut dengan jelas kempen ada pelbagai jenis misalnya sebar risalah, pasang poster dan menyediakan tetunggil iaitu replika. 

"Kita (SPR) perhatikan telah menjadi satu 'trend' di Terengganu ini untuk membuat replika yang bertujuan menyindir pihak lawan," katanya. 

Wan Ahmad menegaskan SPR tidak akan bertoleransi kepada mana-mana pihak yang melanggar larangan pemasangan replika pada PRK Kuala Besut dan berharap penyokong serta parti-parti politik yang bertanding dapat berkerjasama.

Terdahulu ketika menjadi tetamu dalam satu program terbitan Radio Televisyen Malaysia, Wan Ahmad berkata SPR menyediakan dua khemah khas di pekarangan Kompleks Rakan Muda Kampung Raja pada penamaan calon esok khusus buat para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

Beliau berkata setiap khemah hanya mampu memuatkan seramai 100 orang dan jika lebih daripada itu tiada sesiapa akan dibenarkan masuk. 

"Kita hormati setiap pemimpin yang datang untuk iringi calon sebab itu kita sediakan khemah supaya mereka boleh berteduh dan tak perlu berdiri pada jarak 50 meter dari tempat penamaan," katanya. 

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu kerana kanser paru-paru. 

BN mengumumkan anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera sebagai calon, manakala PAS menamakan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor sebagai calonnya.

Thursday, July 11, 2013

KUALA BESUT: Kredibiliti Idris Jusoh beri kelebihan buat BN !

Barisan Nasional (BN) akan menurunkan barisan terkuat kempen dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dapat dipertahankan selain mencipta kemenangan dengan majoriti lebih besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 24 Julai ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, hal demikian kerana setelah kematian penyandang kerusi tersebut, Dr. A. Rahman Mokhtar pada bulan lalu, BN kini hanya tinggal 16 kerusi sementara pembangkang kekal dengan 15 kerusi DUN di Terengganu.

Katanya, kerusi DUN Kuala Besut akan menjadi rebutan kedua-dua belah pihak terutama pembangkang yang sudah pasti bercadang untuk merampas kembali negeri itu selepas kehilangannya dalam Pilihan Raya Umum 2004.

Melihat kepada situasi semasa, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu yakin BN tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi tersebut.

''Saya juga yakin pengundi-pengundi di situ memiliki semangat tinggi berdasarkan prestasi UMNO keseluruhannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu yang menunjukkan peningkatan. Sudah tentu mereka akan memastikan kejayaan itu terus dikekalkan di Kuala Besut.

''Keyakinan ini ditambah lagi dengan kredibiliti dan pencapaian yang dimiliki Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang sudah tentu akan memberi kelebihan kepada calon muda DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Puad, kegagalan pakatan pembangkang mempengaruhi rakyat dalam penganjuran perhimpunan haram hanya mencalar imej mereka dan memberi keuntungan politik kepada BN.

''Apa yang mereka 'bisingkan' dalam demonstrasi jalanan itu ternyata tidak benar dan cerita-cerita yang dibangkitkan hanya retorik semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

''Malah, tindakan enggan menerima keputusan pilihan raya (PRU-13) itu menunjukkan sikap sebenar mereka (pakatan pembangkang) yang tidak demokratik,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130711/po_01/BN-bawa-barisan-terkuat-kempen#ixzz2Yk5UmKse
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kuala Besut : Pergolakan dalaman PAS makin rumit !!!

Pas semakin menghadapi krisis dalaman yang cukup dahsyat apabila YB Satipul (Adun Paka) yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu tiba-tiba tersingkir sebagai Pengarah Pilihanraya PAS untuk PRK Dun Kuala Besut.

Malam semalam, Presiden Pas, DS Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan calon PAS, seorang kontraktor Azlan Endut @ Che Long juga mengumumkan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut.

Persoalannya ialah, sebelumnya ini Pesuruhjaya Pas Terengganu, YB Mohd Wahid Endut telah mengistiharkan YB Satipul Bahri sebagai Pengarah PRK dan Setiausahanya Zakaria Dagang.

Kemana muka YB Satipul hendak diletakkan bila Husam Musa tiba-tiba mengambil alih tempatnya

YB Satipul duduk di barisan belakang semasa pengumuman calon di buat oleh Pas malam kelmarin dan Zakaria Dagang tidak hadir.

Difahamkan Che Long mahukan Husam Musa menjadi Pengarah Pilihanraya kerana mereka berdua adalah rakan proksi dalam perniagaan.

Keadaan bercelaru ini sudah pasti akan melihat adengan PAS Kelantan & Terengganu menjadikan PRK tempat gelanggang tomoi mereka & duit derma yang dikutip dari penyokong mereka disalur ke dalam karung poket mereka.

Sumber - T.T

Tuesday, July 9, 2013

BN tawarkan Tengku Zaihan untuk warga Kuala Besut

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.

Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.

Tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti.

“Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua,” ujar beliau.Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘pilihan raya kecil yang besar’.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut,” katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus.

Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.