Terkini @PRK Kuala Besut

Wednesday, June 26, 2013

Berita gembira buat Pakatan - Anwar

Bukannya hendak bersedih atau berkabung. Jauh sekali hendak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham ADUN Kuala Besut, Dr Abdul Rahman Mokhtar, yang meninggal dunia pagi tadi. Sebaliknya Ketua Umum PKR menyifatkan kematian Dr Abdul Rahman sebagai berita gembira buat PR.


Ini berikutan kedudukan 32 kerusi DUN sekarang selepas Dr Abdul Rahman meninggal dunia adalah BN 16, PAS 14 dan PKR 1. Sekiranya PRK diadakan dan ditakdirkan PAS menang, maka kedudukan kerusi DUN adalah BN 16, PAS 15, PKR 1. Dengan kedudukan BN 16 dan PR 16, apakah sidang DUN akan tergantung atau apakah bakal wujudnya Kerajaan Perpaduan buat pertama kalinya di Terangganu?

Berbalik kepada kenyataan Anwar Ibrahim di atas, tiada apa yang perlu kita hairankan. Anwar Ibrahim hanya fikirkan kuasa 24 jam. Jadi tidak hairanlah apa yang diucapkan oleh anak saudara beliau di dalam laman sosial Facebook seperti di bawah:



Sumber: Khairuryzal

No comments:

Post a Comment