Terkini @PRK Kuala Besut

Wednesday, June 26, 2013

Mungkinkah PRN Terengganu selepas PRK Kuala Besut ???

Pertamanya, sama-samalah kita sedekahkah bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar yang baru sahaja meninggal dunia pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman, InsyaAllah.

Dalam pada itu, penulis pasti semua sudah maklum berkemungkinan besar akan ada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi DUN Kuala Besut yang sebelum ini diwakili Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar.

Untuk rekod, pada PRU-13 yang lalu Negeri Terengganu berjaya dikuasai semula oleh BN dengan majoriti mudah di mana sejumlah 17 kerusi DUN berjaya dimenangi BN berbanding 15 DUN dikuasai PAS.

Hanya beza dua kerusi DUN memisahkan BN dari kejatuhan dan perbezaan kecil itu juga yang mengasingkan PAS dari menggapai kekuasaan sebagai Kerajaan Negeri.

Jika BN berjaya mengekalkan DUN Kuala Besut dalam PRK ini maka kedudukan akan kekal 17-15, andai sebaliknya di mana DUN itu dimenangi PAS maka kedudukan akan seri 16 BN dan 16 PAS.

Kedudukan seri 16-16 bermakna akan wujud Kerajaan Negeri yang tergantung agak besar kebarangkaliannya serentak dengan itu akan menyebabkan berlakunya satu Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu.

Kesimpulan ringkasnya, PRK DUN Kuala Besut adalah satu pertembungan yang akan menentukan sama ada BN mampu meneruskan kesinambungan sebagai pemerintah di Terengganu atau sebaliknya.

Semua pihak akan menurunkan semaksimum mungkin jentera pilihan raya masing-masing, itu sudah pasti. 

No comments:

Post a Comment