Terkini @PRK Kuala Besut

Wednesday, June 26, 2013

Kuala Besut: Najib ucap takziah pada keluarga

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pagi tadi. 

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman," katanya menerusi akaun Twitternya, hari ini. 

Allahyarham ketika PRU13
Dr A Rahman yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri meninggal dunia pada jam 10.18 pagi ini selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut apabila menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

No comments:

Post a Comment